Hai jelitawan sekalian...haha, untuk post ini, saya ingin menulis dalam Bahasa Melayu pula...dulu masa masih sekolah lagi, selalu dapat A untuk kertas BM, baca majalah pun BM,...tapi lepas Form 6 je, sudah jarang guna...so, sekarang ini rasa kekok pula tulis dalam BM!! Anyway...post ini kira 'milestone' lah sebab post pertama dalam BM untuk blog ini...tapi mungkin akan diselit perkataan Inggeris sini sana ye....sebab tak biasa lagi mah!!! :P
Oke...untuk post ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda Siri Pembersih Mekap PIXY :D :D Produk-produk PIXY dicipta dengan kualiti piawaian tertinggi daripada Jepun dan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk kulit yang sihat dan cantik. Siri Pembersih Mekap PIXY merupakan satu cara sempurna dan mudah untuk menanggalkan mekap sceara cepat dan berkesan. Gincu? Celak? Bedak asas? Krim BB? Maskara? Semuanya tanggal dengan pembersih mekap ini :D
Apa kelebihan Siri Pembersih Mekap PIXY? Antaranya ialah madu asli sebagai bahan utama untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, formulanya yang bebas alkohol dan tidak berminyak, boleh membersihkan kulit tanpa kesan kering dari alkohol kosmetik seterusnya menyegarkan kulit tanpa rasa berminyak. Produk ini juga telah diuji secara klinikal membuktikan ianya selamat untuk semua jenis kulit.