Saturday, September 27, 2014

Siri Pembersih Mekap PIXY + Sampel Percuma!!

Hai jelitawan sekalian...haha, untuk post ini, saya ingin menulis dalam Bahasa Melayu pula...dulu masa masih sekolah lagi, selalu dapat A untuk kertas BM, baca majalah pun BM,...tapi lepas Form 6 je, sudah jarang guna...so, sekarang ini rasa kekok pula tulis dalam BM!! Anyway...post ini kira 'milestone' lah sebab post pertama dalam BM untuk blog ini...tapi mungkin akan diselit perkataan Inggeris sini sana ye....sebab tak biasa lagi mah!!! :P

Oke...untuk post ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda Siri Pembersih Mekap PIXY :D :D Produk-produk PIXY dicipta dengan kualiti piawaian tertinggi daripada Jepun dan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk kulit yang sihat dan cantik. Siri Pembersih Mekap PIXY merupakan satu cara sempurna dan mudah untuk menanggalkan mekap sceara cepat dan berkesan. Gincu? Celak? Bedak asas? Krim BB? Maskara? Semuanya tanggal dengan pembersih mekap ini :D


Apa kelebihan Siri Pembersih Mekap PIXY? Antaranya ialah madu asli sebagai bahan utama untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, formulanya yang bebas alkohol dan tidak berminyak, boleh membersihkan kulit tanpa kesan kering dari alkohol kosmetik seterusnya menyegarkan kulit tanpa rasa berminyak. Produk ini juga telah diuji secara klinikal membuktikan ianya selamat untuk semua jenis kulit.


Terdapat tiga produk dalam siri ini, iaitu (1) Single Step Liquid Foam for Makeup, (2) Gentle & Moist Cleansing Lotion dan (3) Eye & Lip Makeup Remover. Semuanya boleh digunakan bila-bila masa dan dimana-mana saja; selepas bekerja, sebelum solat (bagi Muslimin), di gim mahupun sebelum beradu.


Untuk post ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang Gentle & Moist Cleansing Lotion. Keistimewaan produk ini yang paling menarik hati saya ialah ianya tidak perlu dibilas selepas penggunaan!! Hanya tuangkan losyen pada kapas muka, lap dengan lembut ke seluruh muka dan leher sehingga bersih, dan anda telah siap!! Sama sekali tidak perlu dibilas atau diikuti dengan permbersih muka....mudah bukan?? :D Disebabkan formulanya yang berasaskan air ia menggabungkan kerbekesanan pembersih muka dan penyegar dalam satu langkah tanpa bilasan :D Saya sendiri telah mencuba sampelnya yang diposkan kepada saya sebulan dua yang lalu, dan berasa sangat berpuas hati sebab produk ini amat menjimatkan masa dan mudah digunakan :D



Apa kata blogger lain yang telah mencubanya?



Bagaimana dengan anda? Inginkah anda mencubanya? Tapi kalau ada sampel percuma kan bagus? Yer lah, takut tak sesuai dengan kulit muka, kan?? Kini ada promosi untuk dapatkan sampel ini, khas untuk rakan-rakan kepada client istimewa PIXY....Jika anda inginkan sampel percuma Gentle & Moist Cleansing Lotion ini, tinggalkan butiran anda di komen: Nama, No HP, Emel dan Alamat. Atau jika anda inginkan privasi, bolehlah emelkan butiran anda kepada saya ^^ (rujuk Contact)

Cepat, sebab giveaway ini hanya sehingga 5 Oktober 2014 :D :D :D

If you wish to have a free sample of PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion, you can leave your details in the comment section: Name, HP No, Email and Address. Or if you wish to have privacy, you can send your details to me...please refer to Contact :) Giveaway ends on 5 October 2014.

Apabila anda sudah cuba pula, apa kata kongsikan pengalaman anda pula dengan saya? :D

Sementara itu....sudahkan anda menyertai 'special giveaway' blog saya? Jika belum, sertai sekarang ya... :D :D :D Ketahui maklumat lanjut di sini: http://iamcpmoon.blogspot.com/2014/09/100000-milestone-its-time-for-giveaway.html

No comments:

Post a Comment

Do you have anything to share? I'd love to hear from you (^-^*)/

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...